BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 9 August 2011

First Date Zaman Sekarang


Selamat datang to all cute2 gurl and emo2 boy sekalian ke blog aku. Ok lah, sebab ini post first aku kat blog ni, aku ingat aku sembang special sikit lah hari ni, laitu mengenai kapel. Zaman sekarang ni, kalau kita sembang pasal kapel ni mostly aku tengok selalu pompuan la yang selalu emo? Well we can see yang ramai pompuan ni memang anti kapel. Bagi aku, perempuan yang anti kapel ade 2 jenis , first sama ada geng tudung laboh ( bagus laa.. ) atau yg second, jenis yang sebenarnya dia ni jeles dia tak ada kapel so untuk cover line yang dia tak ada kapel, bagi tau sume orang yang die anti kapel. Reverse psychology.  Aku ade jugak jumpe orang macam ni. Fail


Anyway,  selalunye kalau title blog tu pasal “kapel” ni selalunye diorang akan sembang pasal hukum kapel dalam agama la,  keburukan kapel la, pengalaman kapel and all other bla bla. Itu sume kat blog orang lain. Kat blog aku, kita story enjoy, tak payah berat-berat, kita sembang sal first date. Yep, aku pro-kapel so what?  


Selalunye bila sembang sal first date ni, selalunya guys la yang poning kepala nak pikir cam aku. Perempuan ak tengok relek ja, pakai mekap tebal-tebal, seluar ketat-ketat,  tudung pendek,  pakai baju adik siap. Anyway, zaman sekarang ni dating-dating bukan macam dulu-dulu, dulu romantic bang.. dating bawah pokok, manari kuchi kuchi hot ta aaa. Kalau yang gentleman suruh mak carikan ( sebab tak laku kowt..) guys ade sekarang? tak berani punye. Paling power pon, bawak tengok movie jalan-jalan pastu bawak balik, cek in hotel, ape barang bai..tak original la. Dah macam trend dah. Asik-asik movie, asik-asik dinner mahal-mahal nak tunjuk ko kaya walhal duit mak bapak kasi. Yang cikai sikit, balik-balik ajak tawaf supermarket  walhal tak beli apa apa pon. Dei common la dei.  Bagi pandangan aku, cara macam ni walaupon dah menjadi satu kebiasaan zaman ni , sebenarnya tidak sesuai. Kenapa? Meh ak share sikit pasal first date ni. ( poyo shial aku macm tere jea. LOL)






First date ni konsepnye yang pertama adalah kita nak kenal pasangan kita macam mane sebenarnya die tu orangnya, peramah ke,pendiam ke, pandai ambik hati ke atau sebagainya. Oleh itu ,interaksi antara satu sama lain adalah sangat penting masa ni. Kebanyakan guys ni mempunyai kebiasaan untuk bawak gurl yang die minat ni ke tempat-tempat yang ada banyak interaksi luar yang boleh mengganggu perhatian antara satu sama lain. Aku bagi contoh macam tadi, movie. Apabila tengok movie ni (interaksi luar), konfom kedua-duanya akan memang fokus punyalah dekat cerita tu (mengganggu perhatian). So tak akan ada interaksi antara satu sama lain. macam mane nak kenal? Ok maybe korang dah kenal so what? still tak ada interaksi antara satu sama lain. Ye la nak sembang cam mana kalau dah mata dok tuju tepat ja kat filem tu. Dah ar tiket ko bayar. Nak sembang tak boleh, tup-tup lak ko bawak pergi tengok cerita yang twilight nice move dude… Foreveralone.



Next one, pernah dengar perkataan “desperate “ tak? Perkataan ini bagi aku merupakan perkataan yang paling Fail yang boleh diberikan kepada mana-mana guys or gurl apabila merujuk kepada kapel.  Apakah yang menyebebkan seseorang tu nampak desperate? One words “overrated”. Ini terjadi apabila guys tu terlalu over ketika first date, tak kisah la sama ada daripada segi pakaian, tempat, pembelanjaan, hadiah or whatever dalam usaha untuk tarik perhatian perempuan itu. Yes, memang ada sesetangah gurl ni yang suke balak die cm tue sebab maybe bagi dia nampak macam caring , special or whatever tapi bagi aku sendiri, perkara-perkara sebergitu tak sesuai untuk dilakukan ketika ini. 





Ini kerana, macam yang aku cakap sebelum ini, first date ni adalah masanya untuk kita mengenali antara satu sama lain dan untuk mewujudkan first impression yang baik. Bukanya masa untuk membuat diri kita di cop sebagai poyo, belagak, mat bajet atau sebagainya di sebabkan diri kita yang terlalu over untuk penarik perhatian gurl itu. Tapi kalau nak buat macam tu tak salah sebenarya, tapi time awal-awal ni, time nak kenal-kenal ni relek dulu, jangan over excited. Bila dah lame tu, bila dah masing-masing dah accept each other, time SMS pon keluar sume ayat iluv u, call pon dah pangil sayang-sayang, baru la enjoy bawak pergi dinner mahal-mahal. Ini tak, time awal-awal date bawak jalan-jalan pergi Genting, dah ar gune duet PTPTN, last-last tak kapel pon. Pastu tension g kat FB luahkan perasanan. EPIC FAIL


Orait geng. aku ingat aku pon dah melalut panjang ni. Aku stop dulu kat sini, aku ade banyak lagi story nak cerita sebenarnya. Nak tau tips mcg paling best?? Ha3. tak main ar ayat “awak dah makan ke lom?” , atau “awak tengah wat pe tu? “ time sekolah leh ar ayat cikai-cikai cam ni.  Nak tau, stay tune.  Rajin-rajin usha blog ni dan aku akan make sure korang tak akan menyesal klik follow kat blog aku. Jom makan dulu. Chow!


5 comments: